Sebab Hari Kemerdekaan Perlu Disambut

Mengapa Sambutan Hari Kemerdekaan Perlu Diadakan?

Sebab Hari Kemerdekaan Perlu Disambut

1.Untuk mengenang dan menghargai jasa tokoh

Kita perlu mengenang jasa tokoh yang telah berkorban demi mencapai kemerdekaan untuk tanah air. Antara tokoh yang begitu berjasa kepada negara ialah Tunku Abdul Rahman, Rosli Dhobi, Rentap, Kanang dan sebagainya. Mereka rela berputih tulang daripada berputih mata melihat tanah air tempat tumpah darah mereka dijajah oleh kuasa asing seperti British dan Jepun. Mereka juga sanggup menggadai nyawa demi membayar harga sebuah kemerdekaan.Tokoh-tokoh ini patut dijadikan pembakar semangat kepada generasi muda untuk terus berjuang agar kemerdekaan negara tidak akan tergugat. Sesungguhnya, jasa-jasa pejuang kemerdekaan tidak boleh dilupakan dan mesti dikenang terutama sekali pada ulang tahun kemerdekaan.Malahan tokoh-tokoh ini patut dijadikan pembakar semangat kepada generasi muda untuk terus berjuang agar kemerdekaan negara tidak akan tergugat.

2.Memupuk perpaduan kaum 

Negara yang harmoni dan sejahtera hanya akan dapat dibentuk jika semua kaum ini dapat bersatu padu, bekerjasama dan bertoleransi. Melalui sambutan hari kemerdekaan, semua kaum dapat berkumpul bagi meraikan hari kemerdekaan negara yang kita cintai ini. Masyarakat berbilang kaum yang saling menyayangi, saling menghormati dan saling bekerjasama merupakan pemandangan paling indah untuk dipertontonkan kepada masyarakat di luar negara. Jelaslah di sini bahawa sambutan hari kemerdekaan dapat mengekalkan perpaduan antara kaum.

3.Memupuk semangat patriotisme/Mengukuhkan jati diri rakyat Malaysia

Sambutan Hari Kemerdekaan perlu diadakan untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia.Hal ini kerana generasi muda hari ini mudah hanyut dan terikut-ikut dengan budaya Barat. Mereka juga amat mudah meniru dan memandang tinggi bangsa luar, khususnya bangsa Eropah.Ke manakah hilangnya jati diri sebagai rakyat Malaysia?Tepuk dada tanya selera. Oleh itu, seharusnya golongan muda mempunyai  semangat patriotisme yang tinggi terhadap negara sendiri. Rakyat Malaysia juga sewajarnya lebih mementingkan barangan buatan negara sendiri kerana ianya dapat menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara.Sudah terang lagi bersuluh bahawa menyambut hari kemerdekaan merupakan salah satu medium untuk mengukuhkan jati diri dan memupuk semangat cinta akan negara.

4.Untuk meningkatkan imej negara

Melalui sambutan hari kemerdekaan, imej negara kita akan turut meningkat. Negara-negara asing akan mengenali Malaysia sebagai sebuah negara yang aman, harmoni dan sejahtera, Secara tidak langsung, lebih ramai pelancong asing ingin berkunjung ke negara kita serta lebih ramai pelabur asing ingin melabur di negara kita. Hal ini dapat membantu meningkatkan sumber pendapatan negara sekaligus menjana ekonomi negara.

Ulasan

  1. Kalau banyak lagi isi tentu menarik perhatian pembaca ya.....๐Ÿ˜ด

    BalasPadam
  2. Kalau ada 10 markah saya kasi 10 . Sungguh menarik perhatian pembaca dan terdapat sedikit kekurangan ๐Ÿ‘✌

    BalasPadam
  3. Mengapa Sambutan Hari Kemerdekaan Perlu Diadakan?

  4. Ia sangat bagus untuk murid2 yg mahu menulis karangan dan dapat meningkatkan ilmu murid2 yg lain

    BalasPadam
  5. isinya sangat standard dan bagus untuk pembelajaran kanak kanak

    BalasPadam
  6. Betul tu๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜ƒ.saya seruju๐Ÿ˜ฌ๐Ÿ˜ฌ๐Ÿ˜ฌ

    BalasPadam
  7. Ia akan memupuk perpaduan di kalangan murid murid...karangan ini telah mengubah saya ke sikap yang menyayangi malaysia๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ.I love you Malaysia....SAYANGI MALAYSIAKU.....๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

    BalasPadam
  8. Ia akan memupuk perpaduan di kalangan murid murid...karangan ini telah mengubah saya ke sikap yang menyayangi malaysia๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ.I love you Malaysia....SAYANGI MALAYSIAKU.....๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  10. Sesuai untuk peringkat sekolah menengah dan amat membantu kami untuk membuat karangan tentang kemerdekaan. Terima kasih ๐Ÿ˜‰

    BalasPadam
  11. Tq byk2 sbb bg informasi sebegini๐Ÿ˜๐Ÿ˜... Sgt membantu saya utk membuat folio....

    BalasPadam
  12. sangat membantu menyelesaikan tugasan,ini juga memberi bnyk kefahaman sya ttg erti kemerdekaan,mengukuhkan ingatan kpd tokoh bapa kemerdekaan negara dan akhirnya sya mencintai buku sejarah krn buku sejarah bukn ditulis sembarang,ianya tepat dan padat mengenai sejarah amnya Negara Malaysia..I love malaysia..

    BalasPadam
  13. Bagus sangat ๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜๐Ÿ™ƒSaya ๐Ÿ˜œboleh gunakan ini ?

    BalasPadam
  14. รŸฤฤฃรน§§§§§§§§§§§

    BalasPadam
  15. Mana pegi nya sbb hri malaysia ni

    BalasPadam
  16. Harrah's Cherokee Casinos - MapYRO
    Harrah's Cherokee Casinos · MGM Grand Cherokee Casino Resort · ๊น€ํฌ ์ถœ์žฅ์•ˆ๋งˆ Caesars ๊ด‘๋ช… ์ถœ์žฅ์•ˆ๋งˆ Entertainment Resort ํ†ต์˜ ์ถœ์žฅ์•ˆ๋งˆ · Harrah's Cherokee Casino Resort · Harrah's Cherokee Casino ์ œ์ฒœ ์ถœ์žฅ์ƒต & Hotel · Caesars ์„ธ์ข…ํŠน๋ณ„์ž์น˜ ์ถœ์žฅ์ƒต

    BalasPadam

Catat Ulasan